Apakah Program Subsidi Upah (PSU)?
- Bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
- Tujuan PSU: membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan
PERMOHONAN BARU
Tidak Pernah Menerima Subsidi PSU 1.0 & PSU2.0
- subsidi upah sebanyak 3 bulan tambahan di bawah PEMERKASA
- 1 bulan tambahan di bawah PEMERKASA+
- tertakluk kepada majikan daripada sektor pelancongan ataupun peruncitan serta perniagaan yang ditutup semasa PKP 2.0.
- Majikan daripada sektor selain pelancongan & peruncitan seperti sektor kewangan tetapi beroperasi di negeri yang terlibat dengan pelaksanaan PKP 2.0, layak menerima subsidi upah selama 1 bulan di bawah PERMAI serta 1 bulan tambahan di bawah PEMERKASA
Bilakah PSU 3.0 PEMERKASA+ mula berkuatkuasa?
1 Jun 2021
Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+?
31 Julai 2021
Apakah syarat kelayakan majikan untuk memohon PSU 3.0 PEMERKASA+ & faedah diterima?
Bagi majikan yang telah memohon PSU 3.0, adakah majikan tersebut perlu mengemukakan permohonan baru?
- tidak perlu mengemukakan permohonan baru bagi tuntutan 1 bulan lanjutan di bawah PEMERKASA+
- majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.
Adakah majikan yang sedang menerima PSU1.0 atau PSU2.0 perlu mengemukakan permohonan yang baru untuk PSU 3.0 PEMERKASA+?
Majikan wajib mengemukakan permohonan baru bagi PSU 3.0 PEMERKASA+ di prihatin.perkeso.gov.my.
Setelah permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+ bulan diluluskan, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat di prihatin.perkeso.gov.my.
Sekiranya permohonan majikan telah ditolak sebelum ini, adakah majikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+ yang baru diumumkan?
YA, permohonan baharu boleh dibuat pada portal PRIHATIN prihatin.perkeso.gov.my
Sekiranya majikan telah lulus permohonan PSU 2.0 pada bulan Disember 2020, adakah majikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+?
Ya, majikan layak untuk mengemukakan permohonan jika memenuhi syarat kelayakan di Jadual 1 (Soalan 4(d)) sebelum 31 Julai 2021.
Apakah tafsiran gaji dimaksudkan bagi permohonan PSU ini?
- Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji:-
gaji pokok / kerja lebih masa / komisen / bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya / elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya / caj perkhidmatan (service charge). - Gaji tertakluk kepada had siling RM 4,000.
Adakah majikan atau pemilik syarikat termasuk dalam pengiraan penentuan saiz perusahaan bagi permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+?
Tidak! pengiraan penentuan saiz perusahaan bagi permohonan PSU 3.0 adalah mengikut syarat kelayakan pekerja
Jika syarikat mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan pekerja bukan warganegara yang berdaftar dengan PERKESO. Bolehkah jumlah pekerja asing tidak dimasukkan dalam kiraan penentuan saiz jumlah pekerja?
Tidak Boleh! Majikan perlu mengisytihar jumlah keseluruhan bilangan pekerja yang digaji termasuk pekerja bukan warganegara.
Bagaimanakah majikan hendak membuktikan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 30% peratus atau lebih?
- menunjukkan kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2021 (perubahan year on year)
Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0 PEMERKASA+ telah diterima, diluluskan atau ditolak?
- Majikan akan menerima No. Rujukan selepas permohonan lengkap telah diisi di prihatin.perkeso.gov.my, boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
- Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan pada https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?
Ya, majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.
Adakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah bantuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak majikan?
Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan.
Adakah majikan perlu membayar caruman bagi pekerja yang diberi Cuti Tanpa Gaji yang menerima PSU?
Ya, majikan masih perlu membayar caruman PERKESO dan SIP seperti biasa semasa dan selepas menerima bayaran PSU.
Apakah yang boleh dilakukan oleh PERKESO sekiranya menerima aduan daripada pekerja berkaitan isu bayaran gaji dan pemberhentian pekerja setelah bantuan PSU diterima?
PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula bayaran yang telah diterima oleh majikan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap majikan.
Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja?
- Pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di laman web: https://www.myfuturejobs.gov.my.
- Pekerja juga boleh membuat aduan berhubung PSU 3.0 PEMERKASA+ di https://eaduansip.perkeso.gov.my.
- Sebarang masalah perburuhan di luar PSU 3.0 PEMERKASA+, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03-8886 2409 atau emel di jtksm@mohr.gov.my
Adakah pembayaran PSU dibayar kepada majikan berdasarkan bilangan kod majikan tersebut atau kepada majikan itu sahaja?
- PSU dibayar berdasarkan pendaftaran dengan pihak yang berkuasa seperti SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan dan tidak berdasarkan kepada bilangan kod majikan bagi cawangan-cawangan perusahaan.
- Permohonan daripada beberapa kod majikan yang berbeza tetapi dengan satu pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan yang sama akan dikira sebagai satu permohonan.
Source from: https://www.perkeso.gov.my/images/pemerkasa/psu3/01062021_Soalan_Lazim_Program_Subsidi_Upah_PEMERKASA_FINAL.pdf