PERKESO memperkenalkan Program Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan bermula 6 September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja.
PERKESO juga membekalkan kit ujian Covid-19 di dalam bentuk ujian RTK antigen standard ataupun kit ujian kendiri berdasarkan keperluan majikan secara percuma kepada majikan. Permohonan bilangan kit ujian COVID-19 berdasarkan bilangan pekerja majikan yang berdaftar dengan PERKESO.
Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO Fasa Pemulihan
- mulai 6 September 2021
- memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja
- terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang aktif mencarum dengan PERKESO
PERKESO membekalkan dua bentuk kit ujian COVID-19:
Rapid Test Kit (RTK) Antigen
Majikan bertanggungjawab:
- menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik
- menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan yang dijalankan di klinik
Kit ujian COVID-19 kendiri (self-test COVID-19 test kit)
- Bagi majikan melaksanakan ujian saringan COVID-19 dengan lebih mudah dan pantas
Permohonan kit ujian COVID-19:
Majikan yang masih belum membuat permohonan kit ujian sebelum ini, boleh membuat pilihan jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen ataupun Self-Test COVID-19 Test Kit. Permohonan boleh dibuat bermula 30 September 2021. Kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Portal Program Saringan Prihatin https://psp.perkeso.gov.my
Hubungi Emel hsp@perkeso.gov.my / Talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089
Soalan Lazim (FAQ) bagi Program Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/soalan-lazim-faq-bagi-program-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html
Garis Panduan Fasiliti Kesihatan Swasta Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-fasiliti-kesihatan-swasta-bagi-pelaksanaan-program-ujian-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html
Garis Panduan Majikan Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-majikan-bagi-pelaksanaan-program-ujian-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html