Apakah GKP 3.0?
- bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan
- bantuan kewangan tambahan kepada penerima GKP 1.0 dan GKP2.0 secara one-off RM1,000
Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 3.0 bermula?
- 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari).
Siapakah yang layak menerima?
Berapakah nilai bantuan GKP 3.0?
Layak GKP 3.0 | Nilai Bantuan |
---|---|
Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 | RM1,000 (One-Off) |
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 | RM1,000 (One-Off) |
Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 3.0?
- secara dalam talian sahaja
- Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my)
Siapakah yang layak permohonan baharu GKP 3.0?
- Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini
- warganegara Malaysia
- menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan < RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa< 4 orang (tidak termasuk pemilik)
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
- menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my).
Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dibuat?
- Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 3.0 dilaksanakan?
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon
Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?
- Ya. Kerajaan akan membuat semak silang bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan
Saya baru mendaftar menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021)
Adakah saya perlu melaporkan jualan tahun 2020?- Jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja
Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020.
Jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan GKP 3.0?- jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021.
Saya telah lulus GKP 3.0 bagi permohonan baharu
Adakah saya layak untuk menerimaGKP Tambahan di bawah Pakej Permai?- Tidak layak.
- GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak bantuan GKP.
Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP yang telah diterima?- kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad dan sebab pemulangan;
- Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan)
Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak bantuan GKP.
Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP yang telah diterima?- Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0?
- Sebarang pertanyaan mengenai GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian:
03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Source from: https://gkp.hasil.gov.my/, https://bit.ly/31FndOq, https://gkp.hasil.gov.my/Images/INFO_GKP3.jpeg