Apakah THiJARI Biz?
THiJARI Biz adalah perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membolehkan majikan berdaftar membayar caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di TH.
Inisiatif THiJARI Biz
- memastikan urusan caruman potongan gaji bulanan dapat dibuat dengan lebih teratur, sistematik
- mempercepatkan proses pengkeditan ke dalam akaun pencarum terlibat
Apakah Kegunaan THiJARI Biz?
Majikan / Pentadbir boleh:
- Membuat bayaran caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di TH
- Menghantar butiran caruman potongan gaji dan maklumat bayaran
- Mengemaskini maklumat profil syarikat, pentadbir dan rekod pekerja
- Membuat transaksi caruman potongan gaji pekerja
Tatacara Pendaftaran THiJARI Biz
Majikan yang belum mendaftar syarikat di TH
- Majikan perlu melengkapkan Borang Maklumat Majikan dan melantik Pentadbir serta mendaftar nombor telefon untuk pengesahan transaksi TAC
- TH akan mengeluarkan Kod Majikan melalui emel
- Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui SMS
- Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari
Majikan yang telah mendaftarkan syarikat di TH
- Majikan boleh menghubungi THCC untuk mendapatkan Kod Pengaktifan
Borang Maklumat Majikan:
JP038 – BORANG MAKLUMAT MAJIKAN POTONGAN GAJI BULANAN
https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2021-08/JP038%20-%20Borang%20Maklumat%20Majikan%20Potongan%20Gaji%20Bulanan.pdf?ZCnXjLM0ZjTO8_xKKywCW6qWCIlmB_DY
JP039 – BORANG PERTUKARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT BERDAFTAR TAC
https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2021-08/JP039%20-%20Borang%20Pertukaran%20Nombor%20Telefon%20Bimbit%20Berdaftar%20TAC.pdf?LQdafL4d6oogZdyYOcsZpl5tb4Af826U
Terma dan Syarat THiJARI Biz dan Soalan-soalan Lazim (FAQ):
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari-biz-caruman-potongan-gaji
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai TH:
- Noor Nadiah binti Abdullah
03 β 2054 3243 - Unit Caruman Majikan
03 β 2054 2426 / 2421 / 2408 / 2079