AKTA 4 & AKTA 800 – PERLINDUNGAN & TUNTUTAN
Q: Apakah faedah disedikan untuk pekerja domestik di bawah Akta 4 (Socso)?
Skim Bencana Pekerjaan | Skim Keilatan |
---|---|
Faedah Perubatan | Pencen Ilat |
Faedah Kehilangan Upaya Sementara | Bantuan Ilat |
Faedah Kehilangan Kekal | Pencen Penakat |
Faedah Orang Tanggugan | |
Elaun Layanan Sentiasa | |
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vakasional / Return To Work (RTW) | |
Faedah Pengurusan Mayat | |
Faedah Pendidikan |
Q: Apakah faedah disedikan untuk pekerja domestik di bawah Akta 800 (EIS)?
- Elaun Mencari Pekerjaan
- Elaun Bekerja Semula Awal
- Yuran Latihan
- Elaun Latihan
- Elaun Pendapatan Berkurangan
- Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Q: Apakah dokumen-dokumen untuk permohonan faedah di bawah Akta 4 (Socso)?
Pekerja Domestik Warganegara Malaysia, PR & TR
Borang 34 dan dokumen sokongan sepertimana senarai semak di dalam borang yang boleh didapati di pautan www.perkeso.gov.my.
Pekerja Domestik Asing
(i) Borang Notis kemalangan (PA-F101R1)
(ii) Borang Faedah Pengurusan Mayat (PA-F101R2)
(iii) Borang Penghantaran Pulang Jenazah (PA-F101R3); dan
(iv) Dokumen sokongan sepertimana senarai semak di dalam borang tersebut
Q: Apakah dokumen-dokumen untuk permohonan faedah di bawah Akta 800 (EIS) bagi pekerja domestik warganegara Malaysia, PR dan TR?
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah Borang SIPF1 berserta dengan dokumen sokongan seperti berikut:-
(i) Salinan Kad Pengenalan (Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) *
(ii) Salinan Surat Pemberhentian Pekerjaan *
(iii) Salinan Penyata Gaji (6 Bulan Sebelum Tarikh Kehilangan Pekerjaan) *
(iv) Salinan Akaun Bank *
(v) Salinan Surat Tawaran Kerja *
* Pekerja hendaklah membuat deklarasi semasa permohonan sekiranya dokumen di atas tidak dapat dimuat naik/dikemukakan.
Q: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang LAYAK menerima faedah di bawah Akta 800 (EIS)?
(i) Pembuangan/Diberhentikan kerja;
(ii) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam;
(iii) Majikan bankrap atau penutupan tempat kerja;
(iv) Pembuangan kerja secara konstruktif;
(v) Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
(vi) Peletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
(vii) VSS / MSS (Skim Pemisahan Sukarela / Persetujuan Bersama)
(viii) Dibuang kerja oleh majikan selepas membuat aduan kepada mana-mana agensi
Q: Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang TIDAK LAYAK menerima faedah di bawah Akta 800?
(i) Pembuangan akibat salah laku pekerja;
(ii) Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja;
(iii) Persaraan wajib
(iv) Habisnya tempoh kontrak perkhidmatan
Q: Adakah kemalangan yang berlaku semasa cuti (paid leave) yang terkandung dalam kontrak pekerjaan termasuk di bawah perlindungan ini?
Kemalangan yang berlaku semasa bercuti adalah TIDAK dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan, Akta 4.
Q: Bolehkah liputan perlindungan keselamatan sosial sepanjang 24 jam kerana ada pekerja domestik yang bekerja tanpa tertakluk kepada waktu kerja tertentu (i.e. pembantu rumah)?
Akta 4 (Socso)
Ya, boleh selagi pekerja domestik itu menjalankan tugasan dan skop kerjanya sebagaimana yang ditawarkan.
Akta 800 (EIS)
Perlindugan tidak tertakluk kepada waktu kerja tertentu.
Q: Semasa cuti sakit, adakah majikan perlu membayar gaji pekerja domestik? Jika gaji dibayar, adakah majikan layak untuk menuntut semula bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) daripada PERKESO?
- Keperluan majikan untuk membayar gaji kepada pekerja domestik adalah tertakluk kepada kontrak perkhidmatannya.
- Sekiranya majikan membayar gaji pekerja domestik semasa cuti sakitnya, majikan boleh menuntut semula FHUS dengan syarat cuti sakit tersebut adalah diputuskan sebagai bencana kerja dan tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan di bawah Akta 4.
Q: Semasa cuti sakit, adakah majikan perlu membayar gaji pekerja domestik? Jika gaji dibayar, adakah majikan layak untuk menuntut semula bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) daripada PERKESO?
- Sekiranya majikan tidak membayar gaji semasa cuti sakitnya dan kes diputuskan sebagai bencana kerja, FHUS akan dibayar kepada pekerja domestik dan majikan tidak berhak menuntut bayaran FHUS.
- Sekiranya kes diputuskan sebagai bukan bencana kerja, tiada bayaran yang akan dibayar kepada pekerja domestik atau majikan bagi tempoh semasa cuti sakit.
Q: Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja domestik walaupun semasa dalam tempoh cuti sakit?
Majikan boleh memberhentikan pekerja domestik sekiranya mereka mengalami cuti sakit terus-menerus selama empat hari atau lebih.
Q: Pekerja domestik mengalami kecederaan/kemalangan dalam tempoh cuti sakit, adakah pekerja domestik boleh mendapatkan faedah?
Sekiranya kecederaan/kemalangan tersebut merupakan bencana kerja, pekerja domestik boleh membuat tuntutan faedah baharu bagi kecederaan/kemalangan yang dialami semasa dalam tempoh cuti sakit tersebut.
Q: Sekiranya pekerja domestik warganegara Malaysia melaksanakan dua pekerjaan dengan majikan yang berbeza dan mereka ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, adakah dilindungi di bawah Akta 4?
Sekiranya kemalangan tersebut berkaitan pekerjaan yang dilakukan dalam salah satu daripada dua pekerjaan tersebut dan disahkan sebagai Kes Bencana Kerja,
Pekerja adalah LAYAK dilindungi di bawah Akta 4 dan menerima faedah yang disediakan.
Kedua-dua caruman daripada dua majikan tersebut akan diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah tertakluk kepada had siling caruman maksima.
Q: Seorang pekerja domestik diambil oleh majikan secara sah telah mengalami kemalangan tetapi belum berdaftar dengan PERKESO. Adakah pekerja itu layak mendapat faedah di bawah PERKESO?
Pekerja tersebut adalah LAYAK dilindungi di bawah Akta 4, dan majikan perlu diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang.
Namun, jika pekerja tersebut adalah dari luar negara dan tidak mempunyai permit yang sah, maka mereka tidak diliputi di bawah akta ini.
Q: Bolehkah pekerja domestik mendapat faedah di bawah Akta 4, sekiranya kemalangan berlaku semasa pekerja domestik itu diarahkan oleh majikan untuk melakukan kerja lain selain daripada kerja hakiki?
Pekerja domestik TIDAK layak mendapat faedah di bawah Akta 4 kerana majikan tidak boleh mengarahkan pekerja domestik untuk melaksanakan kerja di luar skop tugas yang ditetapkan oleh majikan mengikut kontrak perkhidmatan.
Sekiranya pekerjaan yang diluar skop atas sebab keadaan luar jangka ataupun kecemasan, pekerja domestik masih boleh diberi pertimbangan di bawah peruntukan Seksyen 25, Akta 4, tertakluk kepada hasil siasatan.
Q: Adakah seseorang pekerja domestik hanya dilindungi jika mewakili kerja hakikinya (job-scope) ataupun akan dilindungi atas segala pekerjaan yang dilakukan atas arahan majikannya itu?
Perlindungan kepada pekerja domestik ini adalah tertakluk kepada tugas/pekerjaan yang ditawarkan yang berkaitan dengan rumah kediaman.
Namun begitu, ia masih tertakluk kepada apa-apa kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaannya serta tertakluk kepada siasatan yang dijalankan.
Q: Adakah pekerja domestik tertakluk kepada peruntukan Seksyen 24, Akta 4 berkaitan kemalangan semasa dalam perjalanan, sekiranya pekerja tersebut tidak tinggal di rumah kediaman majikannya?
Ya, pekerja domestik yang tidak tinggal bersama majikannya adalah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 24, Akta 4 bagi kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan.
Ini termasuklah pekerja domestik yang tinggal bersama-sama majikannya.
Q: Sekiranya pekerja domestik dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan akibat kemalangan bencana kerja, bagaimanakah pekerja tersebut dapat membuat permohonan dan menerima faedah sekiranya beliau tidak lagi mempunyai majikan?
- Pekerja domestik boleh membuat permohonan tuntutan faedah dengan PERKESO walaupun tidak lagi mempunyai majikan.
- Bagi pekerja domestik asing yang telah ditamatkan permit kerjanya akibat kemalangan, permohonan tuntutan faedah masih lagi boleh diproses dengan syarat permohonan tersebut dihantar kepada PERKESO sebelum pekerja pulang semula ke negara asalnya dan tuntutan faedah adalah setakat yang terakru semasa pekerja tersebut berada di Malaysia