Elaun Pencarian Pekerjaan untuk tempoh 2 bulan bagi golongan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insuran Perkerjaan (SIP / EIS) dan penganggur yang aktif mencai pekerjaan
Objektif
Membantu individu untuk kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan
Tempoh Penguatkuasaan
Mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021
Siapakah yang LAYAK memohon?
- Individu yang belum berdaftar dan tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Julai 2020
- Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
- Individu yang memenuhi syarat kelayakan SIP PRIHATIN 2.0
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan SIP PRIHATIN 2.0?
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
- Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon Sendiri (bukan akaun Bersama)
- Bukti menghadiri 3 kali temuduga dalam tempoh setiap elaun, (sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO – boleh disahkan oleh borang pengesahan oleh syarikat temuduga)
- Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs
Cara Memohon SIP PRIHATIN 2.0
Memohon melalui Aplikasi Prihatin PERKESO
Kaedah bayaran SIP PRIHATIN 2.0
Tuntutan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 14-30 hari
Bagaimanakah cara menyemak status permohonan?
Semakan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.
Adakah individu layak membuat rayuan sekiranya permohonan SIP PRIHATIN 2.0 ditolak ?
Boleh. Rayuan boleh dikemukakan kepada melalui eaduansip.perkeso.gov.my
Adakah individu yang sedang menerima faedah SIP PRIHATIN 2.0 perlu mengemukakan permohonan bagi bulan seterusnya?
Tidak, individu hanya dikehendaki mengemaskini log aktiviti melalui portal MYFuturejobs bagi setiap aktiviti temuduga yang dihadiri.
Adakah individu perlu melaporkan kepada PERKESO bila mendapat tawaran pekerjaan baharu?
Ya. Individu tersebut hendaklah melaporkan kepada PERKESO mengenai penerimaan tawaran tersebut dalam tempoh 14 hari
Adakah faedah SIP PRIHATIN 2.0 akan diberhentikan sekiranya tawaran pekerjaan telah ditolak?
- Individu boleh menolak tawaran pekerjaan jika mempunyai alasan yang munasabah bagi penolakan tersebut.
- Pengemaskinian penolakan harus dilakukan di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs
- Sekiranya PERKESO tidak berpuas hati dengan alasan yang diberi, PERKESO berhak untuk menamatkan bantuan SIP PRIHATIN 2.0.
Syarat Kelayakan
- Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP / EIS)
- Penganggur
- Berdaftar and aktif mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs
- Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan
Source from: https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html
FAQ: https://www.perkeso.gov.my/images/pemulih/sip_prihatin_2/150721__FAQ%20SIP%20PRIHATIN%202.0%20v4.pdf