PTPTN memohon kerjasama pihak Majikan untuk menyegerakan bayaran PTPTN bulan Disember 2020 sebelum 28 Disember 2020 (Isnin) dan mengemukakan data peminjam untuk tujuan pengemaskinian Penyata Kira-Kira peminjam.
Kegagalan pihak Majikan untuk menyelesaikan bayaran ini akan menyebabkan peminjam mempunyai tunggakan hutang sekaligus memberi kesan yang buruk kepada rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
PTPTN amat berharap pihak Majikan dapat menyelesaikan bayaran ini dengan segera bagi maksud Penutupan Akaun 2020 dan juga memastikan tiada teguran Audit kepada pengurusan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Potongan Gaji Majikan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada:
Maklumat Perhubungan
Bil | Nama Pegawai | No. Telefon |
---|---|---|
1. | En Muhamad Sa’ad Bin. Muhamad Yusof | 03-2193 1551 |
2. | Puan Nor Rohayu Binti Ahmad | 03-2193 1566 |