Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN ini adalah hanya jika anda pelajar Ijazah Sarjana Muda dan menamatkan pengajian dengan cemerlang, iaitu kelas pertama.
Apakah Syarat-Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain
- Mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik
Apakah Kaedah Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman?
- Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
Apakah Dokumen yang diperlukan?
Sumber daripada: https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side