1. Sebagai usaha merealisasikan hasrat kerajaan ke arah meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian (e-bayaran), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman mel (pos) atau kurier mulai 1 Januari 2021.
2. Walau bagaimanapun, pemberhentian ini TIDAK terpakai kepada bayaran yang dibuat untuk:
2.1 Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT); – Cukai di bawah Seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502)
2.2 Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara);
2.3 Cukai Pegangan; dan
2.4 Kompaun.
3. Sehubungan itu, mulai tarikh tersebut pembayar cukai atau wakil cukai boleh membuat bayaran cukai mereka melalui medium bayaran seperti berikut:
3.1 ByrHasil melalui kemudahan ezHasil di portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my;
3.2 Portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan;
3.3 Kaunter Bayaran di Pusat Bayaran LHDNM;
3.4 Kaunter bank yang dilantik sebagai ejen kutipan;
3.5 Mesin deposit tunai / cek; dan
3.6 Mesin juruwang automatik (ATM).
4. Bagi pembayaran yang dilakukan di kaunter bank, pembayar cukai hendaklah memastikan maklumat berikut adalah lengkap dan tepat:
4.1 Nombor rujukan fail cukai pendapatan;
4.2 Nama penuh dan nombor MyKad;
4.3 Tahun taksiran dan bilangan ansuran cukai yang dibayar;
4.4 Kod bayaran cukai; dan
4.5 Amaun bayaran cukai.
5. LHDNM juga tidak akan mengeluarkan resit pembayaran bagi semua transaksi bayaran cukai melalui kemudahan e-bayaran dan bank yang dilantik sebagai ejen kutipan. Sebaliknya pembayar cukai atau wakil cukai perlu memastikan semua slip pengesahan bank atau slip transaksi e-bayaran yang sah disimpan dengan baik sebagai resit pembayaran / bukti bayaran.
6. Bagi mengelakkan kenaikan lewat bayar dikenakan, pembayar cukai atau wakil cukai hendaklah memastikan ketetapan baharu ini dipatuhi dan sebarang bayaran cukai menggunakan cek melalui mel atau kurier hendaklah disempurnakan sebelum 1 Januari 2021.
7. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Source from: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
http://www.hasil.gov.my/