Tujuan Pengenalan I-Citra
- I-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Tempoh Permohonan I-Citra
- mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021
Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra
- Melalui portal icitra.kwsp.gov.my
Siapakah yang layak memohon?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah
- Termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan
- Anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen
NOTE:
berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
Jumlah Had Pengeluaran
Amaun kelayakan pengeluaran maksimum RM5,000
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
- Bayaran yang ditetapkan RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
- Bayaran minimum adalah RM50
- Baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Tarikh Bayaran
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai
dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Cara Pembayaran i-Citra
Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli
Mesti Kenapasti:
- Akaun bank (simpanan atau semasa).
- Akaun bank masih aktif.
- Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
Situasi Bayaran bulanan i-Citra terhenti
- Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun
- Terdapat pengeluaran penuh diluluskan (Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian)
- Ahli membuat pembatalan i-Citra
Perhatian:
- Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan, bayaran seterusnya akan dihentikan.
- Permohonan semula tidak dibenarkan.
Amaun Pengeluaran i-Citra boleh dipinda?
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.
Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan
Cara menyemak jumlah simpanan KWSP
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Cara menyemak status i-Citra?
Menu > Semak Status Permohonan
icitra.kwsp.gov.my
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran
i-Akaun (Ahli)
Rujuk saluran untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut Pengeluaran i-Citra:
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Source from: https://www.kwsp.gov.my/i-citra