Pihak Kerajaan menyediakan bantuan tunai, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.
Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
- bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur
Siapakah yang layak menerima BKP?
- Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data KWSP dan PERKESO
Kriteria Kelayakan BKP
- mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020
- tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021
Pembayaran BKP
- sebanyak RM500 secara one-off
Tarikh Pembayaran BKP
- Pengkreditan ke akaun bank
- Mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat
- berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP
- berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif
- Penunaian di Kaunter BSN
- Mulai 28 Oktober 2021
- tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP
- tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif
Semakan Status
- Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi BKP mulai 26 Oktober 2021
https://bkp.hasil.gov.my
Maklumat lanjut, sila layari:
https://bkp.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQPEMULIH-BantuanKehilanganPendapatan(BKP).pdf