Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP)
Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) ditawarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) kepada pemastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan disimpan di luar negara. Program PKPP ini akan dilaksanakan bermula dari 1 Jan 2022 hingga 30 Jun 2022.
Kriteria – Kriteria PKPP
- Tempoh pelaksanaan PKPP: 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022
- Kadar cukai 3% (kasar) ke atas pendapatan yang dibawa masuk dalam tempoh PKPP
- Tiada semakan audit, siasatan atau penalti terhadap pendapatan yang dibawa masuk dalam temoh PKPP
- Pendapatan yang dibawa masuk akan diterima secara suci hati oleh pihak HASiL
- Pendapatan hendaklah dibawa masuk / diremit dalam tempoh PKPP
- Pengisytiharan perlu dibuat untuk menyertai PKPP selewat-lewatnya 30 hari selepas tamat tempoh PKPP
- Bayaran cukai hendaklah dibuat mengikut aturan pembayaran biasa yang telah ditetapkan bagi tahun taksiran 2022 atau 2023
- PKPP tidak melibatkan pendapatan yang terbit dari Malaysia yang tertakluk kepada cukai bagi tahun taksiran 2021 dan tahun-tahun taksiran seterusnya dan diremit atau dibawa balik dalam tempoh PKPP
Pendapatan pemastautin Malaysia yang yang diterima akan disemak dan diteliti melalui perjanjian pertukaran maklumat percukaian dengan negara-negara lain
Jika didapati pendapatan yang disimpan di luar negara belum dilaporkan, taksiran tambahan boleh dibangkitkan berserta dengan penalti selaras dengan peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967
Sumber daripada: https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KM_LHDNM_16112021_PROGRAM_KHAS_PEREMITAN_PENDAPATAN_YANG_DISIMPAN_DI_LUAR_NEGARA.pdf
Like / follow our Facebook Page / LinkedIn for any statutory / HR updates.
Facebook: https://www.facebook.com/MYwaveMalaysia/ or https://www.facebook.com/emplx/
LinkedIn: Company: MYwave Sdn Bhd