Contact : +604 305 9600

Email : enquiry@mywave.biz

Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO

Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO

PERKESO memperkenalkan Program Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan bermula 6 September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja.

PERKESO juga membekalkan kit ujian Covid-19 di dalam bentuk ujian RTK antigen standard ataupun kit ujian kendiri berdasarkan keperluan majikan secara percuma kepada majikan. Permohonan bilangan kit ujian COVID-19 berdasarkan bilangan pekerja majikan yang berdaftar dengan PERKESO.

Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO Fasa Pemulihan

  • mulai 6 September 2021
  • memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja
  • terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang aktif mencarum dengan PERKESO

 

PERKESO membekalkan dua bentuk kit ujian COVID-19:

Rapid Test Kit (RTK) Antigen
 - Majikan bertanggungjawab:

  • menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik
  • menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan yang dijalankan di klinik

Kit ujian COVID-19 kendiri (self-test COVID-19 test kit)
 - Bagi majikan melaksanakan ujian saringan COVID-19 dengan lebih mudah dan pantas

 

Permohonan kit ujian COVID-19:

Majikan yang masih belum membuat permohonan kit ujian sebelum ini, boleh membuat pilihan jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen  ataupun Self-Test COVID-19 Test Kit. Permohonan boleh dibuat bermula 30 September 2021. Kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Portal Program Saringan Prihatin https://psp.perkeso.gov.my
Hubungi Emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089


Soalan Lazim (FAQ) bagi Program Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/soalan-lazim-faq-bagi-program-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html

Garis Panduan Fasiliti Kesihatan Swasta Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-fasiliti-kesihatan-swasta-bagi-pelaksanaan-program-ujian-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html

Garis Panduan Majikan Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan
https://psp.perkeso.gov.my/garis-panduan-majikan-bagi-pelaksanaan-program-ujian-saringan-covid-19-fasa-pemulihan.html

 

 

Like / follow our Facebook Page / LinkedIn for any statutory / HR updates. 

Facebook: https://www.facebook.com/MYwaveMalaysia/    or    https://www.facebook.com/emplx/

LinkedIn: Company: MYwave Sdn Bhd

Tags: ,
Copyright © MYwave Sdn. Bhd. 683463-M. All Rights Reserved. Privacy Statement.