Contact : +604 305 9600

Email : enquiry@mywave.biz

Endemik, Epidemik, Pandemik

Endemik, Epidemik, Pandemik

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa fasa endemik di Malaysia dijangka bermula pada akhir Oktober ini, dengan kadar imuniti kelompok diharap mencapai 80 peratus.

(Berita Harian Online, September 1, 2021)

Apakah perbezaannya antara Endemik, Epidemik dan Pandemik?

Endemik

  • Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat.
  • Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.
  • Contoh: Denggi

 

Epidemik

  • Kejadian penyakit dengan bilangan kes di sesuatu tempat / lokasi melebihi bilangan kes pada waktu biasa atau melebihi kadar biasa.
  • Lazimnya, perkataan-perkataan cluster dan wabak juga dikaitkan dengan epidemic.
  • Epidemik berlaku pada skala yang lebih besar, penyakit merebak dengan lebih cepat dan melibatkan lebih banyak kawasan berbanding kejadian wabak.
  • Contoh: Wabak deman kepialu, wabak kolera, wabak measles, wabak polio di Sabah (2019)

 

Pandemik

  • Kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia dan melibatkan populasi yang besar.
  • Kebiasaannya disebabkan jangkitan penyakit baru (Novel).
  • Contoh: Pandemik plague (kurun ke-14), Pandemik influenza – Spanish flu (1918 – 1919), Influenza H1N1 (2009)

 

Sumber daripada:
Berita Harian Online
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/858770/covid-19-fasa-endemik-dijangka-bermula-akhir-oktober-ini 

Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10158136934556237/

 

Like / follow our Facebook Page / LinkedIn for any statutory / HR updates. 

Facebook: https://www.facebook.com/MYwaveMalaysia/    or    https://www.facebook.com/emplx/

LinkedIn: Company: MYwave Sdn Bhd

Copyright © MYwave Sdn. Bhd. 683463-M. All Rights Reserved. Privacy Statement.