Contact : +604 305 9600

Email : enquiry@mywave.biz

PROGRAM KERJAYA GIG

PROGRAM KERJAYA GIG

Penyediaan peluang pekerjaan “GIG” ataupun SEMENTARA sehingga perolehan pekerjaan

sepenuh masa

Pekerja Ekonomi GIG merujuk kepada orang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan melalui platform perkhidmatan menggunakan aplikasi digital

Contoh: Grabcar, Foodpanda, Lalamove, Delivereat

 

Tarikh Permohonan: Mulai 15 Julai 2021

 

Syarat Kelayakan

  • Pekerja formal yang berdaftar dengan PEKERSO tetapi telah diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PEKERSO
  • Penganggur lebih daripada 180 hari
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ibu tunggal atau ketua keluarga kurang berkemampuan berdaftar dengan e-Kasih
  • Bekas banduan

 

Insentif Program Kerjaya GIG

  • RM600 maksimum 6 bulan untuk individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig
  • RM200 setiap pekerja yang digajikan untuk majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig, yang perlu berdaftar dengan PEKERSO

 

Syarat Tambahan Perlu Perhatian

  • Bukti aktiviti pekerjaan sekurang-kurangnya 10 jam seminggu untuk setiap bulan
  • Log aktiviti GIG perlu dimuatnaik melalui sistem permohonan untuk mendapat bayaran insentif
  • Memaklum PEKERSO dalam tempoh 24 jam sekiranya ditawar pekerjaan sepenuh masa
  • PEKERSO berhak menuntut semula jumlah bayaran Insentif sekiranya gagal maklum penerimaaan tawaran pekerjaan

 

Cara Permohonan –Penyedia Perkhidmatan GIG (Operator)

Mendaftar jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan kontrak adalah kategori “bekerja sendiri)

  • Menawar pekerjaan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • Hantar permohonan KerjayaGIG menerusi sistem
  • PenjanaKerjaya di www.penjanakerjaya.pekerso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
  • Majikan menerima bayaran insentif dalam tempoh 30 hari

 

Cara Permohonan –Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • Menerima emel notifikasi setelah permohanan Operator (majikan) diluluskan
  • Menerima bayaran insentif yang pertama selepas pengesahan oleh PEKERSO
  • Melengkapkan log aktiviti GIG melalui PenjanaKerjaya mulai bulan kedua untuk mendapat insentif seterusnya
  • Menghantar permohonan secara bulanan di sistem
  • PenjanaKerjaya www.penjanakerjaya.pekerso.gov.my

 

Like / follow our Facebook Page / LinkedIn for any statutory / HR updates. 

Facebook: https://www.facebook.com/PayrollMYwave  or  https://www.facebook.com/HRPayrollEmplx 

LinkedIn: Company: MYwave Sdn Bhd

Tags:
Copyright © MYwave Sdn. Bhd. 683463-M. All Rights Reserved. Privacy Statement.